Salju Sakinah

Salju Sakinah

by Zaid Akhtar

Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya.

Lantas Salju Sakinah cuba menawarkan apa yang jarang-jarang ditawarkan selama ini.Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya.

  • Language: Malay
  • Category: Novels
  • Rating: 4.06
  • Pages: 559
  • Publish Date: 2008 by PTS Millennia Sdn Bhd

Read the Book "Salju Sakinah" Online

That is not to say that she is a perfect human being but her ideals, her way of life and thinking, that is how every Muslim girl should be like (me included).

Kalau anda penggila Ayat-ayat Cinta, novel ini mungkin untuk anda. Dan kalau kalian sukakan Tunggu Teduh Dulu (FT), kalian mungkin sukakan buku ini juga.

Aku ingin sekali meletakkan 5 bintang ke atas novel ini, namun pengakhiran yang agak pantas dan ringkas membuatkan aku merasa kurang puas. Bukanlah bermakna aku suka jika kisah cinta kedua watak itu dipanjangkan, kerana tujuan penulis sungguh murni sekali, yakni mempercepatkan pernikahan untuk menjauhi perkara-perkara yang terlarang di dalam agama.

Selepas Sesegar Nailofar, saya juga membaca Rona Bosphorus dan novel ini, Salju Sakinah merupakan karya ketiga beliau yang saya senangi. Gaya bahasa yang digunakan oleh Zaid Akhtar dalam SS masih ada persamaan dengan SN dan RB, dan mungkin juga lebih baik berbanding kedua-duanya (saya agak sahaja kerana kedua-duanya saya baca lebih kurang 10 tahun yang lalu). Selain itu, banyak juga perkataan melayu yang jarang ditemui dalam buku-buku biasa digunakan oleh penulis dalam novel ini, sebahagiannya tidak pernah saya temui sebelum ini (mungkin kerana saya kurang membaca karya sastera). Bukan mudah untuk seorang penulis bercerita tentang watak yang berlawanan jantina dengan dirinya sendiri, tetapi watak Sumayyah dapat dibangunkan dengan baik oleh Zaid Akhtar, pada pendapat saya sebagai seorang perempuan. Satu per-tiga yang pertama, sudah banyak air mata saya yang mengalir; saya kasihankan Sumayyah yang sedih ditinggalkan Afnan; saya terkesan oleh kesayuan hati Sumayyah berpisah dengan teman-teman baiknya di Jordan; dan saya amat sayu dan sedih apabila kepulangan Sumayyah disambut dengan berita abah tersayang dan amat dirindui telah pergi dijemput Ilahi. Soal hati, cinta dan jodoh seperti sudah menjadi sesuatu yang sinonim dengan Zaid Akhtar (ini pendapat peribadi saya sahaja). Hal ini saya temui dalam ketiga-tiga novel beliau, Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus, dan Salju Sakinah juga. Hal ini bagi saya bukanlah sesuatu yang negatif, malah salah satu faktor penarik untuk saya setia meminati karya beliau, selain susunan bahasa yang indah dan segar. Bab-bab terakhir bagi saya sudah agak meleret-leret, kisah cinta selepas perkahwinan antara Sumayyah dan suaminya pada pandangan saya tidak perlu dipanjang-panjangkan, dan menjadikan Salju Sakinah seolah-olah sama dengan novel cinta yang berlambakan di pasaran.

Bezanya, buku ni bukan seratus peratus settingnya di Jordan, di bahagian tengah tu dia ada balik Malaysia and I think semua noteworthy ujian yang dihadapi Sumayyah, berlaku ketika dia berada di Malaysia.

Apa yang paling saya suka berhubung karya ini? Yang saya tidak duga?

Novel ini disampaikan dengan penuh kemas, teratur dan menggunakan bahasa yang cantik sehinggakan setiap perjalanan cerita Sumayyah yang biasa-biasa itu menjadi sangat menarik sekali. Saya tidak berapa setuju dengan ulasan Salju Sakinah di dalam Milenia (Jun 2008) yang mengatakan ' kisah percintaan tidak menjadi tunjang dalam novel ini'. Saya tidak menjumpai titik persamaan Salju Sakinah dan Ayat-Ayat Cinta kerana ia adalah 2 novel yang berbeza dengan gaya cerita berbeza dan mesej juga yang berbeza tetapi hati saya kuat mengatakan Zaid Akhtar mendapat inspirasi menulis Salju Sakinah melalui Ayat-Ayat Cinta. Dalam banyak-banyak cerita yang dipersembahkan dalam Salju Sakinah, saya paling suka dan kagum serta menjadi alasan kuat untuk saya mengatakan ini karya bagus ialah melalui ruangan dedikasi penulis. Ini bukan isu besar atau penting, siapa dahulu untuk diucap terima kasih tidak menjadi masalah, cuma saya sangat berasa lapang membaca sesuatu karya orang jikalau penulisnya (lelaki) mengikut susunan ibu bapa dahulu baru isteri dan anak-anak

Dua lagi cerpen beliau telah meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta?zim iaitu Nil Masih Mengalir (HSDT III ? Sementara dua novel beliau iaitu Sesegar Nailofar (2000) dan Rona Bosphorus (2002) telah memenangi tempat ketiga dan kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Kedua-dua novel tersebut turut meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta?zim IV (2003) dan V (2005).